Sunday, June 9, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Dr. Siti Hasmah, Puspanita, Kuala Lumpur


KALI kedua rasanya, ASt berkunjung ke sini untuk membuat persembahan silat bagi meraikan pasangan mempelai Encik Nizam dan Cik Sahara. Buat kali pertama pula ASt mengundang pasukan kompang dari MnZ Enterprise berkolabrasi dengan ASt. Sebelum ini, MnZ kerap memanggil ASt berkolabrasi dengannya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sehinggakan pihak 'tuan rumah' amat bergembira dan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ASt.

Pasukan kompang MnZ diwakili oleh 7 org pemukul kompang yang terlatih. Manakala persembahan silat ASt pula diwakili oleh Irman, Mohd Akmal, Syawal dan Sharifuddin. Pada pesilat ASt yang terlibat saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana kerjasama dan semangat anda untuk memartabatkna seni silat di mata global pada akan datang, insya-allah. Persembahan ASt dimulakan dengan persembahan solo oleh Irman, kemudian disudahi dengan pasangan duo teknik buah jatuh!