Monday, September 1, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Pusat Komersil Komuniti Bandar Tun Razak



1 September 2014 - Pembuka persembahan silat ASt dalam bulan september kali ini berlangsung di Dewan Pusat Komersil Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras. Jika tidak silap ini merupakan kali kedua ASt membuat persembahan silat pengantin di situ. Sebelum ini mendapat undangan dari Kashfi Zulkifli iaitu 'wedding Planner' dan juga pereka fesyen sekarang tetapi kali melalui perancang perkahwinan Nizan. Seramai 4 pesilat yang terlibat meraikan pasangan mempelai, namun selepas merancang aksi persembahan, di saat akhir persembahan terpaksa diubah dan dipendekkan. Maka, aksi tempur pasangan pesilat ASt diwakili Shawal dan Sharifuddin terpaksa dibatalkan atas kehendak penganjur.

Namun, aksi persembahan tetap meriah dan menarik walau dipendekkan. ASt keseluruhan diwakili oleh Cikgu Akmal, Annas, Shawal dan Sharifuddin. Persembahan awal dimulakan oleh trio pesilat dengan belebat kuntau. Sejurus selepas itu Cikgu Akmal mengambilalih persembahan dengan tari pecah kuntau secara solo. Akhir persembahan ditutup dengan tari lela sembah secara trio. Pada majlis tersebut Cikgu Akmal mengenakan persalinan melayu berwarna hijau diliputi baju layang berwarna merah.





"...Selamat Pengantin Baru buat AZZAM dan AYU dari ASt..."