Sunday, September 7, 2014

Majlis Perasmian & Sambutan Minggu Perpaduan di Kepong


7 September 2014 - Majlis rasmi sempena minggu perpaduan dan semarak jalu gemilang 2014 yang berlangsung di PPR Intan Baiduri Kepong. Persembahan ASt diundang oleh urusetia Jabatan Perpaduan Negara. Seperti biasa kami tiba awal dan membuat persiapan bagi memeriahkan majlis tersebut. Namun, pabila tiba masanya, lain pula terjadi. Sepatutnya wakil dari jabatan perdana menteri yang datang ke 'booth' kesenian dan kebudayaan melayu perlu berhenti dan menyaksikan persembahan ringkas paluan kompang dan silat. Setibanya rombongan tersebut, mereka seperti tidak menghiraukan pemain kompang dan pesilat tidak sempat membuka silat sembah, lalu mereka terus memasuki booth tanpa menyaksikan persembahan silat.

Kesian pesilat dan pemain kompang yang berpanas menunggu ketibaan mereka dengan persiapan awal tetapi tidak dihormati dan dihargai. Kami dari pihak ASt amal menyesal dan kecewa dengan ketidak prihatinan wakil menteri, YB atau wakil majlis yang terlibat yang tidak sensitif dengan budaya melayu seolah-olah memperlekehkan budaya rasmi rakyat malaysia. Sedangkan di booth yang lain seperti Orang Asli, India, Cina dan sebagai rombongan mereka ke boot-booth berkenaan mereka memberi perhatian akan persembahan kebudayaan mereka. Amat memalukan!