Saturday, September 6, 2014

Majlis Perkahwinan di De Palma Hotel Shah Alam



6 September 2014 - Sebelah siang di PGA Cheras, sebelah malamnya membuat persembahan di Hotel De Palma Shah Alam bagi meraikan pasangan mempelai secocok iaitu Aida Zarina dan Mohd Fariz Irman pada jam 8.30 malam. Persembahan ASt diwakili dua pesilat iaitu Cikgu Akmal dan Mohd Shawal. Sepatutnya kami berdua ingin mengenakan pakaian silat berwarna biru tetapi menukarnya pada saat akhir kerana ingin mengelak dari sama warna dengan pasangan pengantin.

Persembahan dimulakan dengan dendangan gamelan mengiringi persembahan silat sembah ASt. Shawal memulakan langkah dengan persembahan langkah tiga, langka laksamana dan pecah empat. Cikgu Akmal menyambung persembahan dengan 'medley' pecah kuntau Silat Sendeng secara solo. Penutup persembahan kedua-dua pesilat melaksanakan tari sembah lela sembah kepada pengantin dan akhirnya bersalam dengan pengantin lelaki.



"...Selamat Pengantin Baru Buat Aida Zarina dan Mohd Fariz Irman dari Akmal Silat Team..."