Saturday, September 6, 2014

Majlis Perkahwinan di Markas PGA FRU Cheras


6 September 2014 - Persembahan kali ini berlangsung di Markas Pasukan Gerakan Am bertempat di laman pengantin FRU Cheras. Persembahan silat hari ini adalah persembahan solo sambil diiringi dengan persembahan permainan parang oleh dua pesilat jemputan dari pihak pengantin. Buat pertama kali juga penjaga muzik majlis salah pasang lagu. Sepatutnya lagi tradisi gendang silat tetapi lain pula jadinya apabila lagu yang ke udara adalah lagu soundtrack silat lagenda. Adussss... mahu tak mahu persembahan diteruskan...

Selepas beberapa ketika barulah muzik yang dimainkan diperbetulkan dan kembali rentak silat sembah diperagakan itu 'sekata' dengan irama dan langkahnya. Jadi pengalaman yang baru dan susah jugak nak 'catch-up' lagu rancak dengan langkah silat secara spontan. Apa-apapun semuanya berjalan lancar dan meriah.




"...Selamat Pengantin Baru Buat Husna dan Suami dari AkmalSilat Team..."