Sunday, September 21, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Pusat Komuniti Bukit Damansara


---------------- 
21 September 2014 - Penutup persembahan minggu ini adalah di Bukit Damansara Dewan Pusat Komuniti. Ini merupakan kali kedua atau ketiga persembahan silat ASt beraksi di sana. Ketibaan kami awal kerana takut kesukaran mencari tempat berlangsungnya majlis. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan setelah mendapat pengesahan bahawa dewan yang dimaksudkan itu adalah di Pusat Komuniti Bukit Damansara. Pesilat yang hadir adalah 4 pesilat yang dibarisi oleh Shawal, Sharifuddin, Pika dan Cikgu Akmal sendiri.




"...Selamat Pengantin Baru buat Nur Shafa Wati dan Muhammad Yusof..."