Saturday, September 13, 2014

Majlis Perkahwinan di Bukit Mewah Club House Kajang

------
------
13 September 2014 - Secara solo membuat persembahan silat atas permintaan. Ada masa kami berkumpulan. Begitupun segalanya satu aktiviti dan kekerapan pasukan AkmalSilat menerima undangan persembahan sesuatu majlis perkahwinan atau perasmian. Hari ini ASt di Kajang. Menerima undangan dari rakan dari pasukan Gamelan dari Semenyeh bagi meraikan pasangan mempelai dua beradik berkahwin serentak iaitu adik beradik Khadijah dan Atikah yang dijodohkan dengan pasangannya, Firdaus dan Asyraf.

Khadijah sah bersuamikan Firdaus dan Atikah sah bersuamikan Asyraf. Tema kedua-dua pasangan berbeza, satu warna biru atau cyan satu lagi warna peach. Bertepatan juga dengan yang dikenakan oleh kami pada hari itu iaitu warna biru. Moga ikatan ini kekal ke akhir hayat. Aaminnn...




"...Selamat Pengantin Baru buat Khadijah & Firdaus dan Atikah & Asyraf..."