Saturday, September 20, 2014

Majlis Perkahwinan di Hotel Everlyn Alamanda Putrajaya

------------ 20 September 2014 - 
20 September 2014 - Terdapat pelbagai ragam dan peristiwa berlaku dalam minggu ini yang berkaitan dengan persembahan silat pasukan AkmalSilat. Pertamanya di Sunway iaitu saat-saat akhir persembahan terpaksa diolah dan dipanjangkan. Seperti dikehendaki persembahan menepati syarat persembahan yang mana penganjur mahukan persembahan tidak kurang dari 10 minit. Begitu juga di Hotel Everlynn Alamanda ini yang mana kesilapan pengacara majlis terlupa mengumumkan giliran persembahan silat yang sepatutnya bermula sebaik selesai doa majlis.

Situasi bercelaru sebentar setelah dua kali diperingat pada pengacara majlis tetapi beliau tetap terlupa sehinggakan pihak tuan rumah mula kecewa dan resah termasuk pasangan pengantin memandang ke arah kami dan team gamelan. Kesilapan tersebut bukan berasal dari kami sebaliknya dari pengacara majlis. Namun, segalanya dapat diatasi dan Alhamdulillah persembahan silat berjaya dilaksanakan setelah pasangan pengantin sedang menjamu selera. Boleh dikira persembahan kai ini diberi slot istimewa dan setelah tamat ianya diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin dan pihak tuan rumah.





"...Selamat Pengantin Baru buat Ahmad dan Siti dari kami ASt..."