Saturday, September 27, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Merdeka Kuang Batu 20

-----
 ---
27 September 2014 - Rasanya kali pertama ASt membuat persembahan di daerah Kuang, Selangor ini. Alhamdulillah segala perjalanan telah dipermudahkan. Kami bergerak awal ke lokasi majlis kerana bimbangkan keadaan perjalanan yang akan sesak kerana laluan ke sana melayari sungai buloh. Tepat jam 10.45 pagi kami telah selamat tiba diperkarangan dewan. Setibanya kami bergegas memasuki dewan untuk melihat tapak persembahan kami nanti samada sesuai atau tidak kerana permintaan pengantin yang mahukan aksi gelut (tarung) kelak.

Pasukan kali ini diwakili oleh dua pesilat wanita dan dua lelaki. Pada jam 2 petang, pasangan mempelai tiba dan pasukan ASt bermula dengan persembahan tari seni silat secara trio dari regu Sharifuddin, Hafiqah dan Zulaekhah dengan melaksanakan langkah belebat, langkah laksamana, langkah tiga dan pecah empat. Kemudian Cikgu Akmal memasuki arena persembahan dengan tari pecah kuntau 6, 8 dan 12. Kehangatan diteruskan dengan aksi tarung dua pesilat oleh Sharifuddin dan Cikgu Akmal.

Tradisi akhir persembahan dengan tari solo senjata keris oleh Cikgu Akmal dan disudahi dengan aksi penutup tari lela sembah kepada pasangan mempelai Syahrizul dan Julia.






"...Selamat Pengantin Baru buat Syarizul dan Julia..."