Saturday, September 20, 2014

Majlis Perkahwinan di Bankuet, Dewan Bahasa & Pustaka


20 September 2014 - 
20 September 2014 - Malam semalam merupakan 'big show', hari ini merupakan 'marathon' show ASt. Ini kerana pada hari ini iaitu 20hb September 2014 adalah hari kekerapan persembahan silat pengantin ASt di empat tempat berasingan dalam satu hari. Dua sebelah tengahari dan dua di sebelah malamnya pula. Siang di Dewan Bahasa Pustaka dan JPS Ampang. Seperti biasa pasukan AkmalSilat akan berpecah dua dan bergantung pada jumlah pesilat yang terlibat. Di DBP yang terlibat 2 pesilat dan di JPS Ampang 3 pesilat.

Persembahan di Bankuet Dewan Bahasa & Pustaka diwakili oleh Cikgu Akmal dan Amirul bagi meraikan pasangan oengantin bahagia iaitu Syifaa dan Fazryul. Persalinan silat yang dikenakan pada hari ini adalah uniform klasik berwarna hitam berbaju layang merah.



"...Selamat Pengantin Baru buat pasangan Fazryul dan Syifaa dari kami ASt..."